AiSy's BuRfDaY

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, February 20, 2011

~Cabaran For Toilet Train~


Hari ni dah hari ke enam ibu n baba training aisy tuk toilet train. coz memandangkan aisy skang dah masuk 2 tahun 3 bulan blan ni so kami rasekan skang mase yg sesuai tuk train aisy. Last year, mser umor aisy setahun lebey aku dah penah train tp x smpai sehri coz baby sitter aisy ckp takyah lg la memandngkn die bru je setahun lebey.nnt dh 2 tahun bru la train. So dgn sdkit kemalasan juge kami x truskn niat kami. Dan skang kami trfkir balik tuk truskn niat kami. Lgpun memandangkan kulit aisy nie agak sensitif ngan pampers n slalu sgt merah2 kat bebird aisy so klo aisy dh brjaye x pakai pampers nnt leh la elak dr rashes tue n sekaligus leh kami sep duit..yihaaa!!. Sblm ni ibu ade trfkir tuk hntr aisy ke school so kat sane diaorg akn train tuk toilet ni tp niat ibu tue krng dipersetujui oleh mr baba sbb die rserkan masih trlalu awl tuk hntar aisy ke school mmandangkan asiy lahir di akhr tahun and on Januari 2011 aisy bru brumor 2 tahun 2 blan so niat ibu trpkse delay ke next year.

So bbrpe hari lepas kami pun start for toilet train. Pencapaian hari pertame adelah aisy tlah berjaye poo poo atas lantai. Ohh inilah dinamekan Cabaran! Maka kami perlu bersabar. Ape yg kami buat tuk toilet train adelah 1st skali ajar n btau die.."klo aisy nak sshhh sshhh g toilet tau..".."klo aisy nak yak yak g toilet tau.." smbil kami pn same2 mnunjukkn toilet..n die akn jwb.."oilet oilet.." smbil angguk2. "yupp kat toilet,aisy..". Then sent igtkn die ngan prtnyaan "klo aisy nak shhh sshh g mane?..". So ni akan sent mengigatkan die. N setiap satu jam kami akn brtnye lg pd die.."aisy nak sshh shhh tak..?
".."Aisy nak yakk yakk tak?"...sekaligus bwak trus die g toilet. Biasenye die akn trus shhh sshhh so bleh elakkn die shh shhh ats lantai scre trus dan scre aoutomatik gak akn mngajar dan mngingatkn die klo terase nak shhh shhh trus akn ke toilet. Tapi malam mase tdo kami still pakaikan die pampers lgi la..blum percaye dn x mo korbankn lg katil kami ngan siraman yg x diminta.

Untk pencapaian hari kedua plak..kami still truskn care yg same brtnye stiap sejam skali. Tapi ade gak trsasar 2 kali tuk hri kedua. Aisy sshhh ssshhh ats lantai. Tapi dh nmpak skit pncapaian sbb die akn pegang bebird die klo terase nak shhh shhh so kter kene sdkit alert. Klo dh nmpak mcm tu trus tnye dan bwk die g toilet. N tuk hari kedua gak aisy dah berjaye btau 2,3 kali sblm shhh shh n trus ke toilet tuk shhh sshhh. So usahe ni ditruskn lagi hari ke-y. Dan Alhamdulillah tuk tu slpas mandi aisy mmg btau die nak sshh shhh n trus brlari ke toilet. Tapi ade gak sikap main2 die kan...nie lah bdak laki ade je die nak kenekan ibu nie. Ble dh siap sshhh shhh dlm 5 min gtu die brlari lgi n sengih2 mcm kerang busuk smbil jerit.."aisy nak shhh shhh.."..ibu nie cepat la brlari2 bwk die ke toilet. Dah msuk toilet die masih sngih2 lgi n ckp "tak shhh shhh pun..". Oohh sabor je la..suke kan die tgk ibu kecoh2 bwk die ke toilet. Mcm tu la aisy mmg suke permainkan perasaan ibu.

Tp sygnye ibu hnye leh brsame train aisy tuk 2 hri jer coz mon to friday ibu trpkse kuar mncri secarik rezki. Dan pncapaian tuk stakat hr nie Alhamdulillah tuk sshh sshh tue aisy dh bleh btau cume ibu masih ragu2 kot2 ade nyanyuknye.hehe.So harap2 nye pasni aisy dh leh brjaye ngan jaye nye. Cewaaahh mcm pencapaian ape je kan. Almaklum ler anak 1st so masih mrangkak2 lg tuk blaja itu ini.

Bekas poo poo yg aisy gunekan..
Ibu belikan dr Ikea mser aisy brumur bbrpe blan lgi
tp skang bru bley digunekan dgn spenuhnye...

Thursday, February 17, 2011

~Di sebalik setiap musibah, pasti ada hikmahnya - Hikmah 4~

Hikmah 4: Allah swt ingin meningkatkan iman kita kepadaNya

Iman itu adalah yakin. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanyalah Allah swt Tuhan yang layak disembah. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah swt tempat meminta pertolongan. Sebagaimana yang sering kita baca di dalam solat kita;

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah Al Fatihah: 5)

Seandainya kita benar-benar yakin dengan janji-janji pertolongan Allah swt, apabila ditimpa sebarang musibah, maka kita akan meningkatkan usaha untuk beramal dengan amalan-amalan yang ada janji-janji Allah.

Seperti dengan solat, Allah swt janjikan pertolongan (Al Baqarah:45). Orang yang bersolat tidak akan menjadi orang yang berdukacita (Al Baqarah:277). Dengan menjaga solat, Allah swt janjikan kemurahan rezeki (Taha:132). Dengan khusyu dalam solat, Allah janjikan kejayaan.(Al Mukminun:1-2)

Apabila ditimpa musibah, dekatkanlah diri dengan Allah swt sebanyak mungkin. Banyakkan istighfar. Usahakan agar solat dikerjakan dengan penuh khusyu’ dan khudu’. Banyakkan berzikir kerana dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang. Berzikirlah dengan penuh tawajuh dan sungguh-sungguh, nescaya Allah swt akan memberikan kekuatan kepada hati. Dan yang terakhir sekali, banyakkanlah berdoa. Terutamanya, pada waktu-waktu doa paling mustajab seperti di bahagian akhir malam. InsyaAllah, sedikit demi sedikit, Allah swt akan tunjukkan jalan keluar dan selesaikan masalah tersebut. :)

Apabila seorang mukmin mengaku bahawa dia beriman kepada Allah swt, maka pasti dan pasti imannya akan diuji. Dan apabila seorang mukmin BERJAYA melepasi ujian tersebut, maka Allah swt akan naikkan darjatnya. Imannya akan meningkat. Yakinnya pada janji-janji Allah swt akan meningkat. Justeru, amalnya juga akan turut meningkat. Dan Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan menzahirkan kenikmatannnya yang mencurah-curah. Allah swt akan berikan kepadanya nikmat ketenangan dan kebahagian yang lebih indah daripada kehidupan sebelum musibah tadi.

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al Insyirah: 5-6)

MasyaAllah! Indahnya CINTA Allah swt…Kita makhluk yang sangat lemah, sangat tidak mengerti apakah hikmah di sebalik setiap musibah. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya. Hakikatnya, Allah swt sentiasa menentukan apa yang TERBAIK buat kita kerana Dia sangat-sangat CINTA pada kita…

~Di sebalik setiap musibah, pasti ada hikmahnya - Hikmah 3~

Hikmah 3: Allah swt ingin menambahkan pahala kita

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda:

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”(HR Ibnu Majah)

Kasihnya Allah swt kepada kita. Jika kita dapat bersabar dengan musibah yang diberikan olehnya, maka Allah swt akan mengganjari kita dengan SYURGA! MasyaAllah!!!

Pelajarilah sabar daripada kisah Nabi Ayyub a.s. Allah swt telah matikan anak-anaknya..tetapi baginda masih bersabar. Allah swt telah hancurkan harta bendanya..namun baginda masih bersabar. Allah swt telah uji dengan penyakit..tetapi baginda masih boleh bersabar. Allah swt uji dengan kejian dan cemuhan masyarakat, tetapi baginda masih bersabar. Dan akhir sekali, isteri yang dicintainya juga turut pergi meninggalkannya..tetapi baginda masih lagi bersabar.

Namun, kerana kesabaran baginda, selepas daripada semua musibah itu, Allah swt telah mengurniakannya harta yang melimpah ruah. Allah swt telah memberikan anak-anak yang ramai dan isteri yang solehah. Nabi Ayub a.s telah membuktikan CINTAnya kepada Allah swt. Dalam keadaan susah mahupun senang, baginda tetap setia dengan CINTAnya kepada Allah swt.

Jika hendak dibandingkan musibah yang Allah swt berikan kepada kita dengan musibah yang Allah berikan kepada Nabi Ayub a.s, apalah sangat musibah yang sedang kita alami. Seharusnya, musibah ini akan membuatkan kita lebih sedar akan CINTAnya Allah swt kepada kita dan kita sebagai hambaNya, lebih-lebih lagi wajib mencintaiNya.

~Di sebalik setiap musibah, pasti ada hikmahnya - Hikmah 2~

Hikmah 2: Allah swt ingin menghapuskan dosa-dosa kita.

Allah swt itu jauh sekali daripada sifat zalim. Allah swt tidak pernah akan menzalimi hamba-hamba yang dicintaiNya. Sedangkan, manusia lah yang menzalimi dirinya sendiri. Manusia menzalimi dirinya sendiri dengan mengingkari perintah-perintah Allah swt. Allah swt perintahkan solat, bukan kerana mahu membebankan manusia. Sedangkan Allah swt memerintahkan solat kerana CINTANya pada manusia. Allah swt perintahkan agar kita menutup aurat, juga kerana Dia cintakan kita. Allah swt perintahkan kita menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita, juga kerana cintaNya pada kita.

Setiap syariat Allah swt itu adalah kerana cintaNya Dia pada kita. Apabila setiap syariat diikuti, ia akan membuahkan hasil dan manfaatnya untuk manusia. Apabila seorang wanita menjaga auratnya, maka dia tidak akan menjadi punca yang menaikkan nafsu berahi lelaki, dan dia juga akan terselamat daripada zina . Apabila seorang lelaki menundukkan pandangannya pada wanita dan wanita juga membuat perkara yang sama, maka tidak akan ada suami atau isteri yang curang kepada pasangannya.

Apabila manusia mula meninggalkan syariat, maka dia akan menzalimi dirinya sendiri dan orang lain. Adakalanya, kita tidak perasan akan perkara-perkara ini. Maka, Allah swt berikan kita sedikit musibah, agar kita kembali muhasabah diri dan membuat koreksi atas setiap kesilapan kita. Perbanyakkanlah taubat dan istighfar, agar Allah swt menjadikan musibah ini sebagai kaffarah kepada dosa-dosa kita. Harapan kita semoga, bila dosa-dosa ini sudah terampun sebelum kita mati, maka di akhirat nanti ia tidak akan disebut lagi di mahkamah ahkamul haakimin.

~Di sebalik setiap musibah, pasti ada hikmahnya - Hikamh 1~

Buat pedoman semua supaya hati kite sentiase Redha dengn setiap ape yang berlaku dan hati kite terisi dengan sesuatu yang berguna. Dipetik dari satu website.

Hidup ini ibarat roda. Adakalanya kita gembira, dan adakalanya kita bersedih. Bila kesedihan melanda, hati mula terasa pedih, semangat mula terpadam sedikit demi sedikit. Tiada lagi keghairahan untuk melakukan kerja. Tiada lagi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Tiada lagi senyuman yang terpancar di wajah. Semuanya tampak suram. Tiba-tiba dunia menjadi gelap. Sangat-sangat gelap untuk kita.

Jangan bersedih, sahabatku..

Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita. Dikatakan bahawa, Allah swt kasih kepada seorang manusia, 70 kali ganda melebihi daripada kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih dan sayang kepada kita, sudah tentu di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yang mengetahuinya, melainkan Allah swt. Namun apa yang pasti, setiap hikmah itu sangat berkait rapat dengan dasar CINTA Nya terhadap kita.

Hikmah 1: Allah swt sangat rindu pada kita. Dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.

Adakalanya kita ter”lemas” dengan urusan dunia. Kesibukan menyebabkan kita lalai daripada mengingatiNya. Solat kita penuh dengan dunia. Zikir kita penuh dengan dunia. Sedekah kita juga kerana dunia. Sehingga tiada saat, terdetik di dalam hati kita untuk mengingatiNya. Kalau ada pun, hanya sedikit sahaja..Sehingga boleh dibilang dengan jari jemari sahaja.

Kerana Allah swt sangat SAYANG pada kita, kerana Allah swt sangat CINTA kepada kita, maka Dia tidak sanggup melihat kita terus lemas di dalam dunia. Lantas, dengan kasih sayangNya, Dia terus menarik kita. Bukan untuk merosakkan kita, tetapi untuk menyelamatkan kita.

Salah satu caranya ialah, dengan memberikan kita musibah. Apabila ditimpa musibah, kebiasaannya, manusia akan mula mengingati Allah swt. Manusia akan cuba mencari peluang agar selalu dekat denganNya. Manusia akan mula menambahkan doanya. Manusia akan mula menambahkan amalnya. Solatnya tidak lagi leka..Zikirnya tidak lagi leka..Khusyu’ dan khudu’ mula menemani dalam setiap ibadahnya.

Nah!..Inilah yang Allah swt mahukan. Dia sangat rindu mendengar suara hambaNya. Kerana Dia sangat suka mendengar zikir hambaNya, Dia sangat suka mendengar bacaan Al Quran daripada hambaNya. Dia juga sangat suka apabila hambanya menadahkan tangan di dalam tahajudnya, meminta-minta, merintih, merayu, dan menangis di hadapanNya.

~Sebuah Harapan~

Gambar Hiasan

Hati ku tersentuh bile membace coretan oleh Mama Jiey dari blog Kerna Kasih Kita ttg sebuah harapan..harapan seorg ibu pd permata hati nyer. Dan aku psti semua ibu punyai harapan yg same. Cume setinggi mane harapan dan usahe itu yg berbeza. Aku tersentuh dgn harapan dan kesabaran Jiey pd Rayyan Ariff dan ia menaikkn smangat aku dlam mendidik si kecil saban hari..perlu penuh dgn kesabaran, usahe, semangat yg tinggi bukan hanye mengharapkan dan melihat pencapaian si kecil tanpe sokongan drpd ibu bapa. Harapan berbekalkn usahe pasti membuahkan kejayaan.

Tuesday, February 15, 2011

~Bagaholic~



I’m coming with new topic. Huhu bajet best sgt topic baru ni kan. Lame sgt2 tak menjenguk ruangan blog nie...ruangan blog ni dibiarkn kosong-sunyi. Sebab yg paling jelas adelah kerna semestinye malas..dan tiade mood..kesibukan pun turut mnjdi penghalang tapi bak kate pepatah “ Nak seribu daya taknak seribu dalih” kan. Maka hanye mmbelek blog2 kengkawan shje..itu pun smnggu hanye bbrpe kali je. Tapi skang mood dtng kembali..kerna ape? Kerna buhsan di opis dgn work load yg agak kureng maka sempat la aku menaip bait2 prkataan untk tak dibiarkn ruangn ni sunyi-sepi begitu saje. Dah mcm brbunge2 plak ayatnye.

Tapi mood kali nie lain sket untk dibicarekn drpd biase..biase hanye berkisar ttg development anak kn tp kali ini pule lebey pd keperluan ibu..ooohh keperluan ke or hawa nafsu ibu nie??. Hikhik..ibu dah ‘mula’ dah tu nak mengarut kan. Nape ntah pearasaan ibu ngan handbag nie spti tdak dipisahkan. Rser mcm dah jdi Bagaholic gtu..oohh noo..tak mo tak mo. Aku suke beno la search psal designer handbag and blog yg jual designer handbag esp my fav blog “Shopping With Ayu” . All the items are from UK so the price is quite cheaper compare klo beli kat Mesia n aku penah mmbeli bbrpe item from this blog so aku mmg percaye this blog.

Okey brkisar ttg hawa nafsu aku plak..aku ni mmg minaaattt sgt2 ler ngan one of designer handbag iaitu Coach. Wpun ade yg mengatekn Coach nie the cheapest of designer handbag compare to other brand iaitu LV, Gucci etc tp ati aku ttap satu. Sblm nie tade la meroyan tahap kronik sgt coz dah dpt ler memiliki 1 Coach handbag nie tpi skang disbbkn krang penjagaan yg rapi oleh ku maka handbag tu trdpat ler ksan2 kotoran yg tdak diundang..almaklum la handbag tu sekaligus mnjdi “mommy handbag” so pasti la de tu sume kan. Dan disbbkn itu ler aku kembali meroyan ngan handbag skang..so ape lgi stiap hri aku pasti mmbelek ruangan alam maya handbag nie. Tak boley handle je rser truja sgt tp..oohh noo pls jgn mmbazir lidia!! Maka dgn itu aku hanye dpat melayan antre gambo2 di bwh jer. Layaaannnn!!